Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Friday, November 13, 2009

PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF

Pembinaan Item Aspek Afektif
PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF (EMOSI)
PENGENALAN
• Penilaian afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang pelajar.
• Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu contoh penilaian afektif.
• Kontras dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar.
• Kontras dengan bidang psikomotor yang melibatkan ‘small muscles and large muscles skills’
David R. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif.
Tahap Ciri-ciri
Penerimaan
‘Receiving/Attending’ • Berkaitan dengan sensitiviti pelajar terhadap kehadiran fenomena atau stimuli yang tertentu
• Sama ada pelajar ingin menerima stimuli/fenomena yang wujud
• Terbahagi kepada 3 tahap:
o sedar tentang fenomena yang wujud
o bersedia untuk menerima fenomena
o memberi perhatian kepada fenomena
Bergerakbalas
‘Responding’ • Pada tahap ini, gerakbalas (responses) lebih daripada menyedari tentang fenomena yang wujud
• Pelajar melibatkan diri secara aktif
Penilaian
‘Valuing’ • Kategori ini mereflek pegangan nilai tertentu seseorang pelajar
• Tingkahlaku pelajar konsisten dalam situasi yang bersesuaian – untuk menilai nilai yang hendak dinilai
Pengurusan • Semasa pelajar ‘internalize values’, mereka berhadapan dengan situasi di mana lebih daripada satu nilai boleh diguna.
• Memerlukan pelajar mengurus dan menyususn nilai-nilai dalam satu sistem agar nilai-nilai tertentu lebih diutamakan. (certain values exercise greater control).
Perwatakan berdasarkan nilai
(Characterization by a value or value complex) • Pada tahap yang paling tinggi ini, ‘internalization’ telah mengambil tempat dalam hiraki nilai seseorang individu hingga tahap dia boleh diperwatakkan sebagai mempunyai set nilai yang tertentu.


PEMBINAAN ITEM UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL
1. Self-report assessment devices
Anderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif pelajar.

2. Inventori Likert
o Likert (1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral.
o Dalam Inventori Likert, beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam bentuk 5, 3 atau 2 pilihan.
o Contoh pilihan: Ya, Tidak
o Setuju, Kurang Setuju, Tidak Setuju
o Sangat Setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju

No comments:

Related Posts with Thumbnails