Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Friday, November 13, 2009

Penilaian Dalam PSV

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI

VISUAL

Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid mengabungkan kefahaman kognitif, psikomotor dan afektif mereka.

Aspek kognitif meliputi kefahaman tentang unsur seni, prinsip rekaan, pengetahuan tentang alat serta teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan dan pemahaman dan penghargaan. Aspek psikomotor pula melibatkan penilaian proses dalam penghasilan bahan. Penilaian aspek afektif pula dijalankan melalui pemerhatian, sikap dan perlakuan murid yang direkod. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dan sistematik dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.

Penilaian yang berkesan mengambilkira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi dan penulisan. Kaedah pemerhatian adalah proses penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru memerhati, membuat inerpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid. Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan bahan. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pew ujudan idea dan cara mereka menggunakan alat. Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi bimbingan yang sew ajarnya. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan adalah pewujudan idea di mana proses murid menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain daripad itu, pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan kemasan adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,

ketelitian dan kesempurnaan.

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan mur id untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.

Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Selain daripada ujian berbentuk objektif dan subjektif, penyediaan folio murid juga boleh dinilai menggunakan kaedah penilaian secara penulisan. Melalui penyediaan folio, murid dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman seni mereka. Murid juga berpeluang

memperlihatkan tahap pengetahuan, penguasan kemahiran, perkembangan minat dan daya kreatif serta sikap mereka dalam penghasilan folio. Folio-folio dinilai mengikut kriteria seprti kajian yang dijalankan oleh murid, perkembangan idea melalui lakaran, rangka sebenar yang dihasilkan dan persembahan. Murid di sekolah menengah berupaya membuat penilaian kendiri.

Guru boleh mengalakkan murid menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam pembelajaran serta menilai amalan dan sikap masing-masing bagi mempertingkatkan pembelajaran masing-masing. Murid boleh menjalankan penilaian kendiri dengan menilai hasil kerja sendiri, mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan sebaya, dengan membuat perbandingan hasil kerja dan dengan mengisi borang penilaian kendiri. Penilaian kendiri lebih bermakna sekiranya murid berupaya memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails