Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Friday, November 13, 2009

PKSR

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ; Pemulihan, Pengayaan
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

Penilaian Berasaskan Sekolah
 Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh.
 Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat.
 Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

Pengertian
 Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSM.
 Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

Prinsip
 Satu prinsip PKSR/PKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis.
 Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.
 Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR meliputi:
a) pengetahuan
b) kemahiran berfikir
c) kemahiran berbahasa
d) kemahiran mengira
e) kemahiran belajar
f) kemahiran amali
g) kemahiran manipulatif
h) kemahiran bersosial
i) daya kreatif
j) kemahiran proses sains
k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni
l) sikap
m) kesihatan dan kecergasan
n) kemahiran kenestetik
o) bahan pembelajaran
p) minat

Tujuan
 Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS.
 Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.
 Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.
 Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru.
 Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna.
 Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri
Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah.
Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.
Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan – membaiki pembelajaran seterusnya.
Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa.
Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai.
Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat.
Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

1. Merancang
-guru perlu menentukan hasil pembelajaran,kaedah penilaian serta instrumen yang
digunakan dalam proses penilaian.



2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan
- guru menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot.
- mengesan kekuatan dan kelemahan murid setelah beberapa kali sesi pembelajaran.


3. Melaksanakan penilaian melalui ujian
– ujian lisan atau bertulis.


4. Membina instrumen
– merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU)
– membina soalan-soalan kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan

5. Melaksanakan Penilaian
– cara lisan/penulisan
- penilaian secara profesional supaya terdapat kebolehpercayaan yang tinggi.


6. Merekod
- mencatat kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik.
- menganalisis & mentafsir rekod untuk membuat tindakan susul atau
penambahbaikan.




7. Melapor
- penyampaian maklumat penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid
dalam bentuk markah atau gred dari semasa ke semasa kepada pihak-pihak tertentu.















Rajah 1: Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)


Penilaian Alternatif
- bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.
- Jenis penilaian alternatif yang bolehdigunakan oleh guru ialah
a) Portfolio
b) Persembahan / Amali
c) Pemerhatian

a) Portfolio
• Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber
yang relevan dengan objektif mata pelajaran.
• Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah.
• Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut iaitu:
- nota-nota yang disediakan oleh guru
- senarai semak yang disediakan oleh guru
- refleksi kendiri pelajar
- buku log
- catatan jurnal
- gambar & foto
• Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir.
• Kebaikan:
- melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran & pembelajaran.
- Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.
- Menilai tahap perkembangan murid-murid.
- Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

b) Persembahan / Amali
• Untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu.
• Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi.
• Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.
• Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut:
- mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.
- menstrukturkan pembentangan.
- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.
• Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid.
• Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu.
• Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:
- contoh-contoh yang dikaitkan
- edaran-edaran yang berkait
- peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian
• Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik & Pendidikan Jasmani.
• Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid-murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu.
• Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian.
• Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar.
• Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan.
• Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).
• Strategi Pelaksanaan
- dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang.
- dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif, psikomotor, bahan & persekitaran.
- dibuat secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh guru.







Pemulihan, Pengayaan

PEMULIHAN

Konsep Pemulihan:
• Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.
• Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.
• Program Pendidikan Pemulihan adalah
~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid menjalinkan kontak
mesra dengan persekitarannya.
~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam pencapaian
akademik mereka.

Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan:
• Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau.
• Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.
• Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah.
• Untuk membantu murid membina keyakinan diri.
• Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini.
• Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran misalnya matematik mengikut kebolehannya.
• Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU.
• Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
~ menjalankan ujian dignostik



PENGAYAAN

Konsep Pengayaan:
• Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah

Tujuan dan Rasional Pengayaan:
• Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid
• Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka
• Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang
• Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima

Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:
• Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid
• Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri
• Berbentuk lembaran kerja atau projek

Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:
• Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah
• Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri
• Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai


Proses Pengajaran Pengayaan Matematik:
• Pengayaan matematik
~ aktiviti tambahan yang lebih menarik, kompleks dan mencabar, bertujuan untuk meluaskan
pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari oleh murid
~ pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat






Mata Pelajaran Matematik

Penilaian dijalankan

No comments:

Related Posts with Thumbnails