LUKISAN PERSPEKTIF
dapat menunjukkan hampir kesemua garisan objek sebagaimana
yang mata kita melihat objek itu dari suatu lokasi tertentu.
Elemen-Elemen Lukisan Perspektif
(a) Titik Stesen (TS)-Titik stesen mewakili kedudukan mata pelukis
(b) Garis Penglihatan (GP)- garis unjuran dari titik stesen ke titik
tertentu pada objek.
(c) Satah Gambar (SG)- satu satah lutsinar khayalan yang terletak
antara titik stesen dan objek.
(d) Garis Ufuk (GU)- garis khayalan mendatar yang terletak pada
satah gambar.
(e) Titik lenyap (TL)-titik terletak dalam garis ufuk.
(f) Garis Bumi (GB)- garisan yang mewakili pandangan pinggir satah
bumi dan digunakan sebagai rujukan dimensi ketinggian dalam
lukisan perspektif.
(g) Garis Tinggi (GT)-garis rujukan tegak yang digunakan untuk
menentukan ketinggian perspektif objek
Jenis-Jenis Lukisan Perspektif
(a) Perspektif satu titik
(b) Perspektif dua titik;
(c) Perspektif tiga titik.
No comments:
Post a Comment