PORTFOLIO
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pengenalan
Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan,kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dandipersembahkan secara terancang.
Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat:
 Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
 Contoh hasil kerja pelajar
 Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual berlaku
 Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain
 Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. 
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio
Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek:
I . Kajian
 Pemerhatian dan pengamatan
 Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
 Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
2. Lakaran
 Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan idea
 Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
3. Rangka Sebenar
 Merangka reka cadang atau model
 Menentukan alatan dan bahan
 Prototaip (jika berkaitan)
4. Persembahan Portfolio
 Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
 Mengikut urutan
 Bersih, kemas dan mudah digunakan
Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. 
Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
 Jurnal
 Diari
 Laporan
 Kompilasi catatan yang dijilid
 Beberapa helaian kertas yang di kokot
 Ataupun mungkin disket/cakera padat
Terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:
 Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
 Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
 Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
 kemajuan pembelajaran pelajar
 Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
 Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,
antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti:
 Catatan pra penulisan
 Draf projek penulisan
 Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
 Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
 Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
 Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi
Kecerdasan interpersonal seperti:
 Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
 Laporan rakan sebaya
Kecerdasan interpersonal seperti:
 Catatan jurnal
 Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
 Sampel latihan refleksi kendiri
 Soal selidik
 Carta kemajuan
 Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri
No comments:
Post a Comment