Penggiat Seni...
Bicara Seni
Friday, May 1, 2009
PENGARAH IPGM-KDRI dalam AKHBAR SINAR HARIAN
Guru perlu guna bahasa baik angkat martabat pendidik
KUALA TERENGGANU – Sebagai bakal pendidik, aspek kesantunan berbahasa amat penting terutama dalam konteks komunikasi dengan pelajar di dalam kelas.
Bahasa adalah media penyampaian semasa pengajaran dan pembelajaran dan ia menjadi prasyarat utama bagi penyampaian ber-kesan.
Bahasa berkesan adalah bahasa yang disampaikan dengan baik, betul dan santun pemakaiannya.
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’Razali Ismail, Mohammad Ngah berkata, guru harus menggunakan bahasa dengan baik bagi mengangkat martabat golongan pendidik.
“Secara tidak langsung pengguna bahasa khususnya orang Melayu dilihat masih menjaga dan mengekalkan adat ketimuran.
Usaha memartabatkan penggunaan bahasa yang berkesan adalah menjadi tanggungjawab pendidik dan tidak boleh diserahkan kepada golongan korporat,” katanya.
Ditanya mengenai Program Kesantunan Berbahasa Dalam Pembinaan Jati Diri Generasi Muda, beliau amat menyokong usaha dijalankan Jabatan Pengajian Melayu, Institut berkenaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.
“Masyarakat kita sememangnya kaya dengan nilai murni seperti amat berbudi, bersikap mulia dan bersopan santun.
“Sebagai generasi muda, kita harus mengekalkan sikap sedemikian kerana setiap ungkapan bahasa itu menunjukkan bahasa dan bahasa juga adalah pakaian kita dalam pergaulan sehari-hari,” katanya.
Kata Mohammad, kerjasama antara Jabatan Pengajian Melayu dan DBP Wilayah Timur, boleh dijalankan dengan cara bersiri pada masa akan datang.
“Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan dan seterusnya bakal pendidik yang akan dilahirkan dari IPGM KDRI mempunyai jati diri mampu berhadapan dengan cabaran yang bakal ditempuhi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment