Maksud Renaissance
Kelahiran semula- Berasal daripada perkataan Itali,renisciment yang bermaksud “kelahiran semula” merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.
.................................
Beberapa buah buku tentang seni juga dihasilkan. De Picutura (On Painting) - 1435 oleh Leon Butista Alberti, The Craftman's Handbook oleh Cennino Cennini, Lives of Most Eminent Painters, Sculptors & Architects - 1550 oleh Giorgio Vasari.
Kesan kepesatan perdagangan telah melahirkan hartawan, pemilik bank dan pedagang yang kaya raya. Mereka ini membayar harga yang tinggi kepada pelukis dan pengukir untuk melukis potret mereka, menghiasi bandar, rumah kediaman, gereja dan bangunan awam.
Golongan ini dinamakan golongan Penaung (Patronage). Contohnya: Keluarga Medici.
Sebelum Renaissance, pelukis dan pengukir menghasilkan karya mereka atas nama keagamaan secara sukarela. Mereka dianggap golongan tukang atau tukang untuk gereja. Dengan wujudnya golongan penaung, seniman telah diangkat ke martabat yang tinggi sbg org yang berbakat, berkaliber dan intelek serta diberi bayaran yang tinggi atas kerja mereka.Dengan perubahan falsafah hidup masyarakat pd masa itu, tema dalam karya seni turut berubah. Dari tema keagamaan dan mitos, ia berubah kepada tema yang lebih bersifat sekularisme – kenyataan dan kemanusiaan.
Mulai era inilah lukisan 'potret diri' manusia biasa bermula. Sebelum ini lukisan potret hanya menggambarkan wajah ketuhanan, watak-watak dalam Bible dan mitos. Seniman adalah tukang yang menggambarkan cerita2 bible & mitos dalam bentuk visual, bertujuan memberi pengajaran dan kesedaran kepada penganut Kristian.
dalam era Renaissance seniman, seniman berkarya untuk menyampaikan mesej, makna dan ekspresif. Melalui karya, mereka menunjukkan jalan hidup yang lebih realistic dan manusia sbg individu istimewa dan berkebolehan. Tujuan mereka untuk mengubah falsafah dan cara pemikiran masyarakat pada masa itu supaya terbuka dan menerima perubahan lebih-lebih lagi setelah melalui Zaman Gelap.
Masyarakat akhirnya sedar bahawa seniman adalah individu yang intelek dan seni adalah satu media untuk menyampaikan mesej. Seni Renaissance adalah satu rekod dan dokumen penting yang menunjukkan sejarah dan peningkatan tamadun manusia yang gemilang.
Tokoh yang banyak dikenal dari masa ini adalah:
* Tomassi
* Donatello
* Leonardo da Vinci
* Michaelangelo
* Raphael
RAPHAEL
DONATELLO
MICHELANGELO
LEONARDO DA VINCI
No comments:
Post a Comment