Dalam aliran2 seni Barat, India, China, Islam dsb terdapat faktor2 yang mempengaruhi wujudnya stail atau aliran2 tersebut.
Contohnya...bahan, masa, tradisi, perkembangan politik, cara pemikiran, tujuan berkarya, manupulasi sesuatu institusi dsb.
Di samping itu terdapat juga aspek2 yang tetap dalam sesuatu stail karya tersebut.
Contohnya... dalam seni Islam sesuatu karya itu mestilah tiada figura, tiada peralihan, tiada penghabisan, dematerialisasi dan denaturalisasi.
Kalau ada yang berminat saya boleh terangkan apakah ciri2 karya dalam Islam dan karya tradisional Melayu (karya melayu sekarang byk terikut ngan barat)..
Tapi satu2 la dulu... Asas seni bebudak sekolah tu pun tak habis lagi..
Seni adalah proses pencarian dalam alam semulajadi. Bukannya meniru alam semulajadi yang sudah tercipta.
Seni Islam tidak berminat pada sifat manusia tetapi pada kebesaran Illahi. Oleh itu figura manusia tidak dibincangkan dari segi estetika.
Dalam seni Islam berlaku bentuk baru. Ia original dan unik. Tiada naturalisma dalam Islam. Tidak boleh melukis objek secara natural atau nyata tetapi boleh dilakukan secara stailisasi.
Anti Naturalisma di sini bermaksud menolak peniruan alam semulajadi. Kerana sifat alam semulajadi itu tidak kekal. Naturalisma adalah sejenis penipuan yang mengajak manusia menikmati sesuatu yang palsu.
Contohnya: Potret yang menyerupai model asal itu sebenarnya adalah salinan yang boleh mengelirukan.
Seniman haruslah mencungkil essence (intipati) di dalam nature lantas memberikan bentuk kepada essence tersebut. Cara memberi bentuk ialah dengan menstailisasikan alam benda.
Oleh itu seniman cenderung mencipta seni baru secara stailisasi. berlaku pemiuhan dalam imej iaitu hilang sifat asal dan sukar untuk dikenali. Contohnya, dalam arabes di mana flora digabungkan dengan geometri. Ini menerangkan mengapa karya seni Islam adalah abstrak.
Arabes adalah corak yang tidak terbatas. Iaitu pengulangan tanpa kesudahan.
Seni Islam menginsafi peranan tauhid. Tauhid memastikan 2 kedudukan iaitu Allah diatas dan manusia di bawah. Memisahkan kedudukan Tuhan daripada manusia.
Seniman Islam itu adalah alat kepada Ketuhanan. Dicipta oleh Allah. Mengabdikan kepada Allah. Tidak menjadi alat untuk diri dan tujuan sendiri.
Definisi Seni Islam
Seni Islam meliputi semua hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran2, mempunyai nilai estetika dan menyampaikan keputusan Islam tidak kira samada digunakan untuk tujuan keagamaan atau tidak.
Sabda Nabi saw,
‘Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan’.
(sahih Muslim)
Firman Allah swt,
[31] Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
[32] Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
(Al-A’raaf: 31- 32)
Prinsip2 Seni Islam
1. Ketauhidan
2. Kepatuhan
3. Keindahan
4. Keselamatan tempat
Persoalan dalam Seni Islam
1. Bahan.
2. Masa
3. Ciri2
4. Tradisi
Seni Islam menjawab persoalan
1. fungsi
2. symbol
3. pekerjaan
4. masjid
5. seramik
6. rekabentuk hiasan
Bentuk dan teknik dalam seni Islam
1. Mewujudkan imej baru.
2. Mewujudkan dekorasi
3. Sebagai alat perhiasan
4. Tiada naturalisma
5. Tiada figura
6. Tiada pengalihan
7. Tiada materialisasi
8. Stailisasi
Sumber Seni Islam
1. Al-Quran
2. Hadith
3. Puisi
4. Sastera
Bagaimanapun seniman Islam itu memang wujud... dan mereka mempunyai pengetahuan tentang konsep seni Islam dan merealisasikannya secara tepat. Mungkin ada yang dikenali dan ada yang tidak dikenali. Kerana seni Islam itu bukan melibatkan catan sahaja...
Seniman Islam:
1. Alat kepada Ketuhanan.
2. Dicipta oleh Allah
3. Mengabdikan diri kepada Allah.
4. Tidak menjadi alat untuk diri dan tujuan sendiri.
Salah satu prinsip seni Islam adalah pemahaman konsep tauhid iaitu keesaan Allah. Tauhid ialah ciri yang dikongsi oleh semua seniman Islam. Bila seniman faham bahawa dunia dan segala yg ada dlm cakerawala adalah ciptaan Allah maka beliau faham makna tauhid.
Seterusnya wujudlah keinsafan yg menyedarkan seniman akan hubungannya dengan Allah yg menciptanya. Berdasarkan inilah seniman cenderung mencipta seni baru secara stailisasi.
Contohnya... arabes dan kaligrafi (khat) pada buku, bangunan, ceramik dll.
No comments:
Post a Comment