Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Tuesday, November 17, 2009

Bahasa Tampak

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)
- Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang
penting dalam
penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
• Garisan
• Rupa
• Bentuk
• Jalinan
• Ruang
• Warna

- Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan
dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan
gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.

- Rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang
mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri
dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai
sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas
dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu
kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D
(tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung
garisan dan permulaannya.

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis
bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan
melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk
konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi
ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat
rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan
lukisan berkomputer 3 dimensi.

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan
sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi
sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu;
jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang
dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam
semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan
tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasa melalui sentuhan.
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau
kawasan kosong di
sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada
sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama
iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas
terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh
menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder
pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat
dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu,
warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan
sekunder.

PRINSIP-PRINSIP REKAAN

-Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau
ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang
tertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik
perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.

- Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni
mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya
bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah
karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi
kadar kontra semakin jelas penegasan).

- penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan
tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai
daya penarik, pemusatan
karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih
dramatik.

Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan,
sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan
sama gaya penampilan.
Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak
simetri dan imbangan
semua arah.

Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,
bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.
Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk
visual dalam seni tampak dua dimensi.

Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya,
nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur
seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan kepelbagaian.

Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni
secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea
sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan
sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails