Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Tuesday, November 17, 2009

LUKISAN CHINA

• Lukisan dalam tamadun Cina mempunyai ciri-ciri utamanya yang tersendiri iaitu:

1) Makna Sajak
• Keistimewaan pelukis dalam tamadun Cina ialah mereka mempunyai kemahiran seni yang tinggi bukan sahaja dalam bidang lukisan malah dalam bidang sajak dan kaligrafi.
• Justeru itulah mereka berusaha menunjukkan makna sajak melalui karya lukisannya.
• Sajak yang berkaitan dengan lukisannya itu juga diabadikan disudut ruang putih.
• Akhirnya terhasillah sebuah karya yang memadukan kesatuan antara lukisan, puisi dan kaligrafi.
2) Colophon
• Untuk menyampaikan luahan perasaan pelukis dengan lebih mendalam lagi para pelukis Cina menggunakan Colophon sama ada dalam bentuk puisi atau prosa.
• Sajak disertakan sebagai lambang perasaan yang lebih mendalam yang dihasilkan oleh pelukis sendiri.
• Sedangkan prosa pula merupakan sama ada karya pelukis sendiri atau sasterawan lain

3) Unsur Kerohanian
• mengutamakan unsur kerohanian iaitu spiritual configuration.
• Sekaligus ia mengabaikan bentuk objek sebenar apa yang dilukis.
• Pengutamaan aspek kerohanian dari bentuk sebenar objek merupakan konsep yang diperjuangkan oleh agama Toa (Dao).

4)Personaliti dan Perasaan Pelukis
• Nilai yang tinggi yang diabadikan pada sesuatu karya seni lukis dalam tamadun Cina yang menyebabkan ia amat digemari oleh pencinta seni lukis Cina.
• Segala-galanya berpunca dari keupayaan pelukis mengabadikan personaliti dan perasaan mereka melalui isi kandungan dan perubahan garisan yang wujud di dalam karya lukisan tersebut.
• Contohnya salji dilukiskan sebagai lambang kesucian dan kehalusan budi pekerti. Lambang kemegahan diwakili oleh bunga chrysanthemums (bunga teh).

No comments:

Related Posts with Thumbnails