Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Friday, November 13, 2009

PENILAIAN AUTENTIK

Penilaian Autentik

Satu isu yang sering dibangkitkan dalam penilaian ialah kejituan (authenticity) sesuatu bentuk penilaian itu. Ramai yang berpendapat peperiksaan atau ujian bertulis yang diberikan secara berkumpulan, seperti mana diamalkan dalam sistem pendidikan rendah dan menengah di Malaysia ini, tidak sesuai digunakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Bias dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat juga boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990). Tambahan lagi, lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian (Ratcliff, 1995; Reynolds, 1982). Ini boleh menjadikan keputusan serta kebolehgunaan penilaian itu diragui.

Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995). Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di TADIKA dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumparna ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan penilaian diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Untuk itu, konsep penilaian autentik telah
diunjurkan.

Penilaian autentik merujuk kepada bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bilik darjah setiap hari (Pert, 1990). Iajuga suatu yang realistik dan sesuai dari segi pengajaran. Penilaian autentik merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri (Grace, 1992). Ia melibatkan penilaian yang dilakukan secara berterusan. Ia juga membawa implikasi kanak-kanak diberikan peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dalam cara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka dan tidak terhad kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja.

Untuk menjalankan penilaian autentik yang menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan, pelbagai kaedah telah diutarakan. Selain pemerhatian yang merupakan tunjak penilaian di TADlKA, portfolio individu kanak-kanak adalah satu pendekatan yang baik dan praktikal dalam merealisasikan penilaian autentik di peringkat ini.


Portfolio Sebagai Kaedah Penilaian Autentik

Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja kanak-kanak yang sengaja dikumpulkan untuk menunjukkan kepada pelajar itu, dan juga orang lain, usaha dan kemajuannya dalam satu bidang tertentu atau dalam semua bidang (Arter & Spandel, 1992). Jelasnya, ia suatu rekod mengenai proses pembelajaran kanak-kanak. Hasil kerja kanak-kanak yang terpilih dikumpulkan secara sistematik bagi setiap kanak-kanak dalam satu jangkamasa tertentu (Anzanio dll., 1995). Namun ia bukan sekadar pengumpulan semua hasil kerja kanak-kanak, tetapi merupakan sampel hasil kerja di mana setiap item yang dimasukkan di dalam portfolio itu mempunyai tujuan dan nilai tersendiri dalam membuat penilaian terhadap perkembangan kanak-kanak itu. Maka amalan menyimpan semua hasil kerja pelajar di dalam sebuah folder yang kemudiannya dikembalikan kepada ibu bapa selepas satu tempoh tertentu seperti yangdilakukan oleh banyak TADIKA tidak menepati pengisian dan tujuan portfolio.

Portfolio bukan sekadar pengumpulan hasil kerja untuk menunjukkan kepada ibu bapa inilah yang dilakukan oleh anak mereka selama bersekolah itu, tetapi ia merupakan dokumentasi terpilih mengenai perkembangan dan pencapaian kanak-kanak tersebut. Untuk itu, portfolio perlulah mempunyai ciri berikut: berkait secara langsung dengan objektif pengajaran, merupakan sistem penilaian berterusan, bukan merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh guru semata-mata, dan akhir sekali berasaskan kepada perlakuan murid yang menekankan pembelajaran bermakna (Hanson & Gilkerson, 1999).

Portfolio mempunyai tujuan tersendiri iaitu untuk memahami dan menjelaskan hasil kerja kanak-kanak dan untuk berkomunikasi dengan ibubapa dan kanak-kanak itu sendiri mengenai kerja mereka (Arter & Paulson, 1991). Portfolio juga bertujuan untuk memotivasikan pelajar dan meningkatkan pembelajaran mereka melalui refleksi dan penilaian mereka sendiri terhadap kerja mereka, dan ia juga digunakan untuk menilai proses pemikiran kanak-kanak (Murphy & Smith, 1990). Ia menepati kerangka penilaian autentik kerana ia menilai pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak melalui tingkahlaku dan hasil kerja mereka dalam suasana bilik darjah seharian. Di samping itu, portfolio tidak bercanggah dengan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp, 1987). Ia merupakan penilaian bercorak individu. Ia melihat perkembangan dan pembelajaran dalam konteks yang lebih menyeluruh dan tidak menekankan satu-satu aspek perkembangan tertentu sahaja. Ia juga melihat prestasi kanak-kanak dalam aktiviti seharian dan tidak meletakkan kanak-kanak dalam suasana yang berpotensi memberi tekanan dan mengganggu prestasi mereka seperti mana ujian. Portfolio merekodkan perkembangan dan pencapaian kejayaan kanak-kanak, bukan kegagalan (Katz, 1997; Meisels, 1995)


Proses Pembinaan Portfolio

Rajah 1 menunjukkan carta alir proses pembinaan portfolio untuk digunakan dalam bilik
darjah awal kanak-kanak.



Proses pembinaan portfolio boleh dibahagikan kepada empat proses utama iaitu penentuan kriteria pemilihan, pemilihan item portfolio, interpretasi portfolio dan perkongsian portfolio serta interpretasinya melalui perbincangan. Kriteria pemilihan menjelaskan apakah yang akan dimasukkan ke dalam portfolio. Ia seharusnya digubal berdasarkan objektif sesuatu program pendidikan itu dengan bersandarkan kepada pola perkembangan kanak-kanak. Semua ini juga boleh ditulis dengan jelas sebagai "statement of purpose" supaya portfolio yang dihasilkan tidak lari daripada tujuan asal penilaian (Grace, 1992).

Jenis item yang diletakkan dalam portfolio adalah pelbagai. Secara amnya, setiap item perlu diiringi dengan catatan ringkas konteks hasil kerja atau item itu. Item juga perlulah melangkau julat hasil kerja yang luas supaya gambaran yang lebih jelas mengenai seorang kanak-kanak itu diperolehi. Item-item ini perlu disusun secara kronologi untuk menjejak perkembangan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, penting untuk diingat setiap item yang dipilih perlulah dilabelkan tarikhnya (Hanson & Gilkerson, 1999). Di samping itu, guru boleh memilih untuk mengkategorikan item mengikut aspek perkembangan dengan masih mengekalkan susunan kronologi bagi setiap aspek (Grace, 1992). Bentuk item yang dimasukkan dalam portfolio boleh terdiri daripada hasil penulisan dan lukisan kanak-kanak, log buku yang dibaca oleh kanak-kanak atau dibacakan kepada kanakkanak itu, video atau pun gambar hasil kerja yang besar atau tiga dimensi atau yang tidak tahan lama, rakaman cerita kanak-kanak dan seterusnya.

Satu kelebihan portfolio sebagai kaedah penilaian ialah ia melibatkan pelbagai kaedah penilaian yang lain seperti rekod anekdot, inventori dan senarai semak, skala pemeringkatan, temubua1, keputusan screening test dan ujian lain jika ada, serta rekod penilaian lain. Item lain seperti rekod ibubapa dan latar belakang kanak-kanak juga boleh menjadi sebahagian daripada portfolio itu (Arter & Paulson, 1991; Grace, 1992; Hanson & Gilkerson, 1999; Meisels, 1995; Mindes dll., 1995; Murphy & Smith, 1990). Pendeknya, penggunaan portfolio sebagai kaedab penilaian membolehkan penilaian yang menyeluruh.

Pemilihan item portfolio boleh dilakukan oleh guru sahaja. Namun, untuk menepati prinsip penilaian autentik, kanak-kanak seharusnya juga memainkan peranan memilih hasil kerja mereka untuk direkodkan ke dalam portfolio beliau. Ini memberikan peluang untuk kanakkanak membuat refleksi mengenai prestasi mereka sendiri, dan menjadi latihan awal untuk mereka memperolehi kemabiran penilaian kendiri.

Setelah portfolio itu dibina, interpretasi terhadap portfolio tadi perlu dilakukan (Grace, 1992). Interpretasi ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kemajuan dan prestasi kanakkanak seperti yang digambarkan melalui portfolio beliau. Interpretasi dan penilaian ini perlu dilakukan pada tahap individu mengikut standard prestasi yang telah ditetapkan dan bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak tersebut.
Proses pembinaan dan interpretasi portfolio sebenarnya merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Sampel portfolio seharusnya menggambarkan aktiviti dan proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak itu. Setelah melakukan interpretasi, guru mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran sewajarnya. Proses ini berlaku di sepanjang tempoh pembelajaran kanak-kanak dan tidak di akhir sesuatu tempoh tertentu seperti di akhir semester sahaja. Ini bererti penilaian terhadap kanak-kanak itu sentiasa dilakukan selaras dengan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan serta menepati garis panduan penilaian dalam Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan.

Hasil portfolio itu dan interpretasinya kemudiannya perlu dikongsi bersama dengan kanakkanak dan ibubapa melalui konferensi ibubapa-guru. Guru juga boleh membuat konferensi dengan kanak-kanak sahaja sebelum itu jika difikirkan wajar. Maklum balas yang diperolehi di sini juga digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran dan pembe1ajaran jika wajar.

Secara amnya, di sini disimpulkan garis panduan umum dalam membuat portfolio:
1. Portfolio dibuat untuk setiap seorang kanak-kanak.
2. Sebaik mungkin, kanak-kanak turut sama memilih apakah yang hendak dimasukkan ke dalam portfolio mereka sendiri.
3. Sediakan satu rekod apakah yang dimasukkan ke dalam portfolio tersebut.
4. Setiap kali memasukkan satu sampel, buat catatan di sampel tersebut mengapa ia dimasukkan dan konteks sampel tersebut.
5. Di akhir suatu jangkamasa tertentu, interpretasi dibuat mengenai pencapaian dan perkembangan kanak-kanak tersebut berdasarkan bahan yang dimasukkan ke dalam portfolio itu.
6. Portfolio dan interpretasi yang dibuat dikongsi bersama dengan ibubapa sebagai satu komponen penilaian.

Kesimpulan

Portfolio merupakan satu kaedah yang berpotensi memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. la boleh diubahsuai mengikut keperluan program dan juga kanak-kanak individu. la memberikan gambaran perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara lebih menyeluruh dan mendalam, dan secara tidak lang sung mengubah fokus penilaian kepada aspek positif pelajar, bukan aspek negatif atau kekurangan. Ia memenuhi kebanyakan fungsi dan objektif penilaian. Ia mengintegrasikan pengajaran dan penilaian. Akhir sekali, portfolio berpotensi menggabungkan usaha pendidikan guru dan ibubapa dan meningkatkan komunikasi positif antara guru, kanak-kanak dan ibubapa ke arah pendidikan yang lebih bersepadu dalam semua aspek.

No comments:

Related Posts with Thumbnails