Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Friday, November 13, 2009

PKSR

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)

Penilaian Berasaskan Sekolah
 Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh.
 Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat.
 Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

Pengertian
 PKSR merupakan satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSM.
 melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan yang perlu diambil ke atas seseorang murid

Prinsip
 penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis.
 Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.
 Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR meliputi:
(a) Pengetahuan
(b) kemahiran berfikir
(c) kemahiran berbahasa
(d) kemahiran mengira
(e) kemahiran belajar
(f) kemahiran amali
(g) kemahiran manipulatif
(h) kemahiran bersosial
(i) daya kreatif
(j) kemahiran proses sains
(k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni
(l) sikap
(m) kesihatan dan kecergasan
(n) kemahiran kenestetik
(o) bahan pembelajaran
(p) minat

Tujuan
• tujuan utama : memastikan penilaian dijalankan dengan sistematik dan baik.
• Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS.
• Mengesan perkembangan murid-murid: Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.
• Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.
• Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru.
• Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna.
• Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri

1. Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah.
2. Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.
3. Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan – membaiki pembelajaran seterusnya.
4. Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa.
5. Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai.
6. Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat.








Penilaian Alternatif
• prosedur-prosedur dan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
• Terdiri daripada bentuk-bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan sumatif
• Kriteria dalam penilaian alternatif:
 Fokus kepada perkembangan murid
 Memberi penekanan kepada kekuatan dalam pelajaran daripada kelemahan
• Guru menentukan hasil pembelajaran dan melaksanakan penilaian serta mengambil tindakan susulan.
• Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah-kaedah berikut:
 Portfolio Reflektif
 Pembentangan / Amali
 Pemerhatian
• Pemilihan setiap kaedah bergantung kepada:
 Hasil pembelajaran yang akan dinilai
 Kesesuaian bahan yang dinilai

a) Portfolio Reflektif
 Catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian sesuatu bidang dsb.
 Bertujuan membolehkan pelajar & guru untuk membuat refleksi, menilai serta menggunakannya sbg rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar & berkesan.
 Bukti-bukti pembelajaran biasanya disimpan dalam fail yang merupakan bentuk fizikal untuk menyimpan hasil tugasan, bahan & rekod yang berkaitan dengan kerja kursus.
 Secara formatif, iaitu sepanjang proses portfolio disediakan.
 Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut iaitu:
 nota-nota yang disediakan oleh guru
 senarai semak yang disediakan oleh guru
 refleksi kendiri pelajar
 buku log
 catatan jurnal
 gambar & foto
 Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir.
 Kebaikan:
 melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran & pembelajaran.
 Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.
 Menilai tahap perkembangan murid-murid.
 Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

b) Ujian Persembahan / Amali
 Memberi markah apabila murid-murid membuat persembahan @ kerja amali untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu.
 Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi.
 Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.
 Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut:
 mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.
 menstrukturkan pembentangan.
 menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.
 Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid.
 Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu.
 Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:
 contoh-contoh yang dikaitkan
 edaran-edaran yang berkait
 peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian
 Satu bentuk penilaian autentik yg membantu guru membimbing muridmurid meningkatkan keupayaan mereka secara individu.
 Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik & Pendidikan Jasmani.
 Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian.
 Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar.
 Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan.
 Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan,pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).
 Penilaian melalui pemerhatian
 untuk mengikuti perkembangan ndividu @ kumpulan dalam kemahiran pembelajaran yang pelbagai.
 Dijalankan untuk mengesan @ menilai tahap perncapaian rakan sebaya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran
 Strategi Pelaksanaan
 secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang.
 guru menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif, psikomotor, bahan & persekitaran.
 secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh guru.
 Jenis-jenis pemerhatian
 pemerhatian mengenai perlakuan murid-murid tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
 pemerhatian melalui borang pemerhatian yang mengandungi soalan terbuka dan tertutup ; pemerhatian berstruktur
 pemerhatian berfokus : guru menilai kemahiran , pengetahuan, perlakuan @ sikap spesifik

No comments:

Related Posts with Thumbnails