Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Monday, February 1, 2010

~CONTOH PROPOSAL

JABATAN PELAJARAN PERAK,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,
30640 IPOH, PERAK.




KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
2008




TAJUK

MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT
PERKATAAN YANG MELIBATKAN
KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)




OLEH:
EN MAZNI BIN OTHMAN



SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN,
32030 SITIAWAN, PERAK







KELOLAAN
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PELAJARAN PERAK.




1. Tajuk
Mengatasi Kelemahan Menyebut Perkataan Yang Melibatkan Konsonan Bergabung (Digraf)

2. Nama Penyelidik
En. Mazni Bin Othman

3. Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Kayan, 32030, Lekir,
Sitiawan, Perak.

4. Latar Belakang Kajian
Selain menyebut perkataan yang bersuku kata terbuka atau suku kata tertutup, kelemahan lain yang selalu dihadapi pelajar ialah menyebut suku kata yang mempunyai huruf konsonan yang bergabung (digraf). Kegagalan pelajar menguasai kemahiran menyebut suku kata yang mempunayi konsonan bergabung ini mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar.

5. Masalah / Fokus Kajian
Masalah yang sering pelajar hadapi ialah bila membaca perkataan yang mempunyai suku kata mempunyai digraf. Mereka akan tergapai-gapai untuk menyebut perkataan tersebut.
Kajian kali ini memfokuskan masalah pelajar terutamanya pelajar Pemulihan Khas dalam menyebut perkataan yang mempunayi digraf seperti perkataan yang mempunayi konsonan bergabung ‘ng’ dan ‘ny’

6. Rasional Kajian
Rasional kajian ini dajalankan kerana pelajar Pendidikan Pemulihan Khas sering gagal didalam ujian pelepasan apabila menjawab soalan yang melibatkan perkataan yang mempunyai digraf.



7. Objektif Kajian
Untuk mengurangkan pelajar-pelajar kelas Pendidikan Pemulihan Khas jika pelajar dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang mempunayi digraf ini.

8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan Tahun 3 yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas.

9. Perlaksanaan Kajian
9.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut perkataan yang melibatkan digraf ‘ny’ dan ‘ng’. Perkataan-perkataan seperti ‘nyonya’, ‘nyanyi’, ‘tanya’, ‘nyamuk’, ‘bunyi’, ‘nyala’, ‘dengan’, ‘lengan’, ‘tangan’, ‘nganga’, ‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat disebut dan dibaca oleh pelajar.
9.2 Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar sering kali tidak dapat membaca ayat yang diberikan oleh guru jika ayat tersebut mempunyai suku kata yang melibatkan digraf. Contoh ayat, “Kita mendengar dengan telinga”. Guru terpaksa membuat latih tubi memgeja dan menyebut perkataan ‘mendengar’, ‘dengan’, dan ‘telinga’, berkali-kali.
9.3 Ujian Pencapaian
Di dalam ujian yang dijalankan pelajar dapat menulis dan menyebut perkataan seperki KVKV, VKV, tetapi tidak dapat menulis dan menyebut perkataan KVKKVK, KKVKKV, KVKKV. Ini menyebabkan mereka masih kekal di dalam kelas Pendidikan Pemulihan Khas.
9.4 Perancangan
Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah “Cantum dan Sebut”.
9.5 Tindakan
Pelajar disediakan kad yang nengandungi perkataan “ng” dan “ny” dan mereka mencantumkan dengan huruf vokal yang mereka cari di dalam kotak ajaib. Mereka akan membunyikan suku kata yang mereka cantumkan. Jika mereka dapat menyebut dengan betul, mereka akan diberi ganjaran sebagai motivasi. Pelajar yang tidak dapat menyebut dengan betul dikehandaki menulis suku kata tersebut di dalam buku latihan dan menyebutnya berulang kali sehingga dapat. Selepas pelajar dapat menyebut dan mencipta beberapa suku kata daripada “ng” dan “ny” mereka dikehendaki mencari perkataan yang mengandungi suku kata tersebut. Jika ada pelajar yang dapat mencipta perkataan yang ada makna, ganjaran juga akan diberikan
9.6 Pemerhatian
Daripada pemerhatian, pelajar suka untuk mencari huruf di dalam kotak ajaib dan mereka cuba untuk membunyikan suku kata yang terhasil.
9.7 Refleksi
Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu murid untuk mencuba untuk membunyikan suku kata yang melibatkan digfraf.

10. Kesimpulan
Melalui kajian ini daharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar kelas Pendidikan Pemulihan Khas untuk membaca dengan lancar dan memahami apa yang dibaca.

No comments:

Related Posts with Thumbnails