GURU SEBAGAI PEMIMPIN
1) Mafhum hadis;
“Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan kamu adalah bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpin”
2) Definisi Kepimpinan
- Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa.
- Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang.
- Kepimpinan adalah suatu peranan dan proses mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah sebahagian daripada ahli kumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan dijangka bertindak sesuai dengan kedudukannya
3) Kualiti Guru Sebagai Pemimpin
- Memahami jiwa pelajar dan tahu menarik perhatian mereka dengan kelakuan yang baik dan mulia, tetapi bukannya merendah diri.
- Tegas tetapi bukan diktator
- Lemah lembut tetapi bukannya lembut
- Boleh mengajar dengan menarik, bukan kelakar.
- Mempunyai ilmu pengetahuan, tetapi tidak angkuh.
4) Guru dan Ciri-Ciri Kepimpinan
Berdasarkan pandangan al-Farabi, Ibnu Khaldum, al-Ghazali dan Prof. Dr. Hamka, dapat dirumuskan tentang ciri-ciri pemimpin Islam:
1. Taqwa kepada Allah
2. Sihat tubuh badan
3. Berpengetahuan luas
4. Mempunyai keyakinan untuk mencapai tujuan.
5. Memiliki stamina bekerja
6. Rajin berusaha
7. Suka berkerjasama
8. Peramah
9. Menjalin dan mempertahankan kebenaran
10. Penyabar (menghadapi kerenah pelajar)
11. Suka menghubungkan silaturrahim
12. Tidak gentar, atau berani di atas kebenaran
13. Pintar dan fasih berbicara (al-Farabi: Pandai berpidato)
14. Kuat pendirian
15. Melaksanakan apa yang dikatakan
16. Tidak membezakan orang (pelajar) dalam pergaulan
17. Suka memberi dan menerima nasihat
18. Berpakaian kemas dan bersih
19. Rendah hati
20. Ikhlas
21. Cepat memberi keputusan
22. Berfikir secara rasional, bukan dengan emosi
23. Adil
24. Tahan dikritik
25. Bertimbangrasa dan
26. Memiliki sedikit ilmu jiwa secara umum
No comments:
Post a Comment