Penggiat Seni...
Bicara Seni
Saturday, May 2, 2009
Pelajar pitam dakwa dipukul guru (sumber: Kosmo- Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR 2.mei.2009)
Noorsyafina menunjukkan cara Nur Syakira (tengah) dipukul seorang guru sambil diperhatikan oleh Zurnie di rumahnya di Kampung Kubang Ikan, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang daripada tiga pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di Chendering di sini pitam dan mengadu pening kepala selepas mendakwa dipukul di kepala dan leher oleh seorang guru kelmarin.
Pelajar terbabit, Nur Syakira Roslan Afendi mengadu pening kepala dan pitam untuk tempoh beberapa jam sebelum dibawa pulang oleh ibunya.
Dua rakannya, Noorsyafina Sulong dan Zurnie Anissa Setapa pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Guru lelaki yang mengajar subjek Sejarah itu didakwa bertindak memukul ketiga-tiga pelajar terbabit kerana menyangka mereka tidak memberi perhatian di dalam kelas selain tidak menyiapkan tugasan yang diberi.
Menurut Nur Syakira, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ketika mereka sedang mengikuti kelas mata pelajaran Sejarah di sekolah tersebut.
"Saya terkejut apabila guru lelaki itu bertindak secara melulu dengan memukul kepala dan leher saya kerana menyangka saya tidak menyiapkan nota yang diberikannya," kata Nur Syakira ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat sini semalam.
Nur Syakira memberitahu, pada awalnya guru di sekolah tersebut tidak membenarkan dia menghubungi keluarganya.
Bagaimanapun, mereka terpaksa memanggil ibu Nur Syakira ke sekolah selepas menyedari keadaannya yang masih tidak stabil sebaik tamat waktu persekolahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment