Penggiat Seni...
Bicara Seni
Friday, May 8, 2009
Sembilan pelajar cedera dirempuh Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my
KEADAAN Saiful Hafizi (kanan) dan abangnya, Mohd. Saiful Hakimi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai semalam.
KUALA KRAI - Sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh di sini cedera dirempuh sebuah kereta ketika sedang menunggu bas di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Keroh di sini untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan semalam.
Dalam kejadian pukul 2.10 petang itu, kereta terbabit dikatakan telah membuat pusingan U di tempat menunggu bas tetapi telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.
Akibatnya, kereta tersebut hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh kesemua pelajar yang sedang menunggu bas di situ.
"Saya dah agak kereta itu akan langgar kami, tetapi tak sempat nak elak sebab ia laju sangat," kata Saiful Hafizi Suzuki, 14, seorang daripada sembilan pelajar yang cedera dilanggar.
Saiful Hafizi yang patah tangan tercampak ke dalam longkang bersama beberapa rakan manakala beberapa orang lagi tertiarap di tepi jalan.
"Saya bersama abang, Mohd. Saiful Hakimi, 15, tidak sempat lari sebab terlalu terkejut," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hospital Kuala Krai (HKK) semalam.
Bapanya, Suzuki Elias, 42, ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua anaknya selamat walaupun tercedera.
"Saya tahu mengenai kejadian ini apabila isteri menghubungi saya dan terus bergegas ke hospital untuk melihat keadaan mereka," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment