Penggiat Seni...

Bicara Seni


ShoutMix chat widget

Tuesday, November 17, 2009

Kreativiti dan Kanak-kanak

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan
kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak
yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin
tahu.

PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang
membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan
Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan,
(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif
pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan
dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan
seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada
juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI
KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance
merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam
bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami
bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan
beliau telah
diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan
seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama
mampu untuk mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas
kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan
sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah
keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan
akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu
yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba
menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.
Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam
bidang seni ataupun sains,

Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid
itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu
kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan
situasi )
keaslian (mencari idea baru dan asli )
kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya
sebagi proses engamatan dan merekod.)




TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa,
bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar
dengan
pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk
berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau
permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan
memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui
perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej
lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan
pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan
seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke
atas cadangan tersebut?’’

(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi
proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen
terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.





















Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :

(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan
tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing
pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain
menerangkan kaedah menjana idea.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi
mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema
dan objektif penghasilan.

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan
dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh
murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Calvin W. Taylor

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang
dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang
sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui
garisan dan contengan mudah.

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta
benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada
peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya
pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas
sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula
bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif
bagi setiap perancangan.

(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan
mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa
menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak
apabila melukis.



CIRI-CIRI KREATIVITI

(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya
dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan
optimis.

(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap
keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan,
persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali
mengutarakan idea dan
gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil
cedokan daripada
mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak
stereotaip dan juga
tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan
karya mengikut
cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza
daripada yang
biasa.

(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan
pendapat orang
lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap
bebas serta
demokratik.

(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu
membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa
mereka juga sangat
menghormati masa.

(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak
terkongkong pada satusatu
perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar
projek dan
perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada
kebiasaannya mereka ini
sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.









STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal
sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk
menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu
dilaksanakan.

(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana
apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan
ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan
kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan
suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea
dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk
memperbaiki idea tersebut.

(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk
meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses kemudiannya.

(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang
kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang
murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid
mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat
biasa sahaja.

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan
galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi
menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan
dan kajian.

(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan
semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria
yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.

(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan
hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi
mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.

(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk
memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di
sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di
sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan
seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih
berjimat dan mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak,
masa bermain merupakan masa yang penuh dengan
keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan
melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai
contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di
sekolah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails